Majlis Penyerahan Sijil Kursus PLKK
Pada 24hb Februari 2014, satu Majlis Penyerahan Sijil Kursus Program Latihan Kemahiran Kerjaya (PLKK) Anjuran Kolej Ketengah Sdn Bhd dengan kerjasama Imbasan Nilai Sdn Bhd telah diadakan di Dewan Utama Kolej Ketengah. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) Ketengah, Tuan Haji Wan Abdul Rahman bin Ahmad. Turut hadir meraikan majlis ialah Dr Zulkifli […]
Kursus Komunikasi dan Pengurusan Mesyuarat Mini RTC Siri 1/2014
Pada 4 hingga 6 Februari 2014, satu Kursus Komunikasi dan Pengurusan Mesyuarat Mini RTC Siri 1/2014 telah dihadiri oleh Pengurus – Pengurus Mini RTC Negeri Terengganu yang dianjurkan oleh Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa, KKLW. Tujuan kursus yang diadakan ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pengurus Mini RTC dalam Pengendalian Mesyuarat, meningkatkan kemahiran komunikasi […]
Perhimpunan Bulanan Ke 2/2014 dan CIP
Pada 16hb Februari 2014, Perhimpunan Bulanan Kali ke 2 bagi tahun 2014 telah diadakan di Ibu Pejabat Ketengah. Program telah dihadiri oleh semua kakitangan KETENGAH, Unit Pengurusan Projek Wilayah Ketengah dan Anak Syarikat Ketengah Holdings Sdn Bhd. Di dalam perhimpunan kali ini, warga Ketengah telah diberi taklimat Ikrar Integriti Korporat (CIP) yang disampaikan oleh Puan […]
KSU Melawat Tapak Projek
Pada 6hb Feb 2014, Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Seri Ibrahim bin Muhamad telah melawat ke tapak projek bagi melihat prestasi kemajuan Projek Jalan Besul Lama ke Rantau Panjang dan Projek RTC Terengganu di Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Turut serta mengiringi ialah Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Timbalan Pengurus Besar, […]
Kunjungan JKSSNB
Rombongan ini telah diketuai oleh Madam Tan Lian Lian yang merupakan Pemangku Pengarah Jabatan Kenaziran Sekolah –Sekolah Negara Brunei Darussalam (JKSSNB). Turut mengiringi Ketua Nazir Negeri Terengganu, Tuan Haji Ahmad Hizan Bin Wan Hassan. Taklimat Mengenai Tasik Kenyir telah disampaikan oleh En. Kamarulzaman bin Muda. Mereka dibawa melihat pelbagai jenis ikan yang mendiami Tasik Kenyir […]
Program Perkhidmatan Bank Negara Malaysia
Pada 8hb Februari 2014, Mini RTC Tok Has, Besut telah mengadakan Program Perkhidmatan Bank Negara Malaysia. Melalui program seperti ini, orang ramai boleh mendapatkan kemudahan perkhidmatan secara percuma antaranya khidmat nasihat perbankan, insurans, pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana, jenayah Kewangan, pameran mata wang dan semakan laporan CCRIS. Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Tuan […]

