Sebagaimana kelaziman tahun-tahun sebelumnya kedatangan bulan Ramadan Tahun 1445H yang jatuh pada 12 Mac 2024 telah dimulakan dengan program jualan Bazar Ramadan 1445H/2024M di tiga Perbandaran KETENGAH iaitu Al Muktafi Billah Shah (AMBS) Ketengah Jaya dan Cheneh Baharu.
KETENGAH telah mengadakan Majlis Penyerahan Apron kepada 130 orang peniaga Bazar Ramadan yang terlibat di tapak bazar Ramadan. 

Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, telah hadir menyantuni peniaga-peniaga Bazar Ramadan di Pasar Komuniti Desa AMBS. Turut hadir Tuan Haji Mohd Radzi Md Noor, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan serta Pengerusi PUSPANITA Cawangan KETENGAH, To’ Puan Anizal Yusoff.

Manakala di Bandar Ketengah Jaya telah disempurnakan oleh Encik Zainuddin Hj Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dengan diringi oleh Encik Mohd Faiq Mohd Abdul Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan dan di Perbandaran Cheneh Baharu oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) bersama Encik Hasri Omar, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.