Hari Integriti dan Psikologi KETENGAH Tahun 2023

Hari Integriti dan Psikologi KETENGAH Tahun 2023 telah diadakan pada 19 hingga 20 November 2023 di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun bertujuan memupuk kesedaran dan mengamalkan nilai-nilai murni serta membudayakan integriti di kalangan penjawat awam yang bebas daripada amalan rasuah serta penyelewengan. Selain itu, ia juga meningkatkan kesedaran, pengetahuan, pemahaman […]
Kejohanan Petanque Berpasukan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan ‘Double’ Tertutup

Kelab Keluarga KETENGAH dengan kerjasama KETENGAH dan Ketengah Holding Sdn Bhd telah menganjurkan Kejohanan Petanque Berpasukan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan ‘Double’ Tertutup serta Jemputan bersempena 50 Tahun Penubuhan KETENGAH. Kejohanan yang berlangsung dengan penuh meriah serta semangat kesukanan itu telah dilangsungkan di Kompleks Sukan Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. KETENGAH A telah muncul […]
KETENGAH sumbang sejadah dan buku Yasin 50 tahun KETENGAH kepada 19 lokasi Plaza Tol

Pada 15 November 2023, Sempena sambutan Jubli Emas penubuhan KETENGAH , Pengurusan KETENGAH telah berbesar hati untuk menyumbangkan sejadah dan buku Yasin 50 tahun KETENGAH kepada 19 lokasi Plaza Tol, Hentian Rehat dan Rawat serta Hentian Sebelah di kedua-dua arah Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Kunjungan hormat dan penyampaian sumbangan tersebut telah berlangsung di Pejabat […]
Majlis Prapelancaran Karnival Usahawan Desa (KUD) @Putrajaya Tahun 2023

Majlis Prapelancaran Karnival Usahawan Desa (KUD) @Putrajaya Tahun 2023 telah diadakan bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang. Hadir sama Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun dan Timbalan Ketua Setiausaha […]
Kursus Pemerkasaan Pengusaha Pelancongan Wilayah KETENGAH

Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Pemerkasaan Pengusaha Pelancongan Wilayah KETENGAH Tahun 2023. Kursus diadakan bermula pada 7 hingga 9 November 2023 melibatkan seramai 15 orang pengusaha pelancongan dalam wilayah KETENGAH. Objektif utama kursus adalah untuk mendedahkan kepada peserta mengenai industri pelancongan dan melatih […]
KETENGAH terima kunjungan Pejabat Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Terengganu

KETENGAH telah menerima kunjungan daripada Pejabat Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Terengganu yang diketuai oleh Puan Marlini binti Sahul Hamid. Rombongan telah disambut oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan pegawai-pegawai kanan KETENGAH. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai persediaan Banci Pertanian 2024 dan mewujudkan kerjasama strategik antara KETENGAH dengan […]

