Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pembangunan Luar Bandar

KETENGAH turut memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang diadakan pada 12 Mei 2022 di INFRA dengan membawakan juadah istimewa dari Terengganu iaitu Nasi Dagang, Roti Keramat dan Keropok Lekor. Keenakan juadah berkenaan telah menarik tetamu yang datang di booth KETENGAH untuk merasai sendiri makanan yang cukup sinonim dengan masyarakat Terengganu itu. […]
Selamat Hari Raya Aildilfitri

Satu Syawal menjelang tiba Takbir bergema mengusik jiwa Kiranya ada khilaf dan dosa Ampun dipinta dihari mulia Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin Dengan ingatan tulus ikhlas daripada YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terenggganu Tengah (KETENGAH)
KETENGAH agih sumbangan RM1.1 juta kepada 5,500 penerima sepanjang Ramadhan

KUALA TERENGGANU, 27 April (Bernama) — Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukkan RM1.1 juta kepada 5,500 penerima terdiri daripada penduduk miskin, anak yatim, orang kurang upaya dan pesakit terlantar yang memerlukan bantuan sepanjang Ramadan ini. Pengurus Besarnya Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata agihan telah diserahkan kepada penerima secara berperingkat bermula 11 April lepas dan […]
Jualan Segar Anjung Usahawan KETENGAH

Jualan Segar Anjung Usahawan KETENGAH kembali lagi. Tuan dan puan yang ingin membuat persediaan hari raya, jom dapatkan barangan segar dengan harga murah pada 28 April 2022 (Khamis) bertempat di Pasar Pusat Komuniti Desa (PKD) bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Jualan ini akan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Program Kenyir Bermunajat

22 April 2022 – Seramai 210 pelajar tahfiz menerima duit raya sebanyak RM100 seorang sempena Program Kenyir Bermunajat dengan jumlah sumbangan sebanyak RM21,000. Pemain pelancongan di tasik buatan manusia itu turut dirai dengan penyerahan hamper bernilai RM50. Program yang dirasmikan oleh YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH dimulai dengan ceramah agama, zikir dan […]
Majlis Berbuka Puasa Keluarga KETENGAH dan KHSB

15 April 2022-Kuala Terengganu. Majlis Berbuka Puasa Keluarga KETENGAH dan Ketengah Holding Sdn. Bhd. bersama YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH telah berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamudun Islam, Kuala Terengganu. Program yang menghimpunkan Keluarga KETENGAH ini menunjukkan kesepakatan dan kesungguhan dalam apa jua program yang dianjurkan dan diterjemahkan dalam usaha memajukan penduduk […]

