Program Kenyir Bermunajat

22 April 2022 – Seramai 210 pelajar tahfiz menerima duit raya sebanyak RM100 seorang sempena Program Kenyir Bermunajat dengan jumlah sumbangan sebanyak RM21,000. Pemain pelancongan di tasik buatan manusia itu turut dirai dengan penyerahan hamper bernilai RM50. Program yang dirasmikan oleh YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH dimulai dengan ceramah agama, zikir dan munajat membesarkan Allah Yang Maha Esa berkumandang di sekitar Tasik Kenyir. Hadir sama YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.
Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir walaupun dalam bulan Ramadan dan seterusnya meneruskan kelangsungan perniagaan usahawan–usahawan di Tasik Kenyir serta memastikan Tasik Kenyir sentiasa mempunyai aktiviti atau program sepanjang tahun.
Disamping itu dapat merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bersama agensi kerajaan lain yang bekerjasama dan berperanan dalam pembangunan di daerah Hulu Terengganu.
Majlis Berbuka Puasa Keluarga KETENGAH dan KHSB
Jualan Segar Anjung Usahawan KETENGAH

Artikel Lain