logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Perasmian Mastering English For Employment

Pada 11 Mac 2019 bertempat di Auditorium Kolej Ketengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah telah diadakan Majlis Perasmian Mastering English For Employment yang telah disempurnakan oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Program kerjasama di antara Kolej Ketengah dan UniSZA ini telah bermula pada 24 Februari 2019 dan akan dilaksanakan selama […]

Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali ke2/2019

Pada 11 Mac 2019 bertempat di Dewan Utama, Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Kali ke 2 tahun 2019. Majlis pada kali ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad, Pengerusi KETENGAH. Sebelum majlis bermula, turut diadakan sesi taklimat berkaitan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan CUEPACSCARE.

Program Khidmat Masyarakat

Program Khidmat Masyarakat yang diadakan pada 1 Mac 2019 bertempat di Sekolah Kebangsaan Jerangau merupakan salah satu program kerjasama antara KETENGAH dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK) Kg. Jerangau dan juga PIBG Sekolah Kebangsaan Jerangau bagi mengeratkan lagi hubungan antara pegawai KETENGAH dengan pemimpin masyarakat setempat.  Pembinaan pondok menunggu yang dinamakan Pondok Tanjung merupakan […]

APC KPLB Tahun 2018

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPLB Tahun 2018. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Putrajaya. APC diadakan sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pegawai dan anggota di KPLB dan semua Jabatan/Agensi di bawahnya yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang khususnya […]

Bengkel TOT Pementoran KETENGAH

Seramai 12 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH telah dipilih oleh Pihak Pengurusan sebagai mentor dan menti dan telah menghadiri Bengkel TOT Pementoran KETENGAH pada 11 hingga 12 Februari 2019 bertempat di Kelab Golf Bukit Besi. Bengkel selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Rahmah binti Omar, Pegawai Psikologi KPLB. Program Pementoran yang dicetuskan […]

Kunjung Hormat KEDA ke KETENGAH

Pada 12 Februari 2019, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menerima kunjungan dari Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Sukri bin Jusoh, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA. Objektif lawatan adalah mempelajari dan berkongsi idea, membuka minda dan pengetahuan terhadap pengurusan projek yang berkesan serta berkongsi maklumat untuk meningkatkan mutu pengeluaran […]