logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Mesra Rakyat

Bertempat di Dewan Orang Ramai Bandar Seri Bandi, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Program Mesra Rakyat Bandar Seri Bandi. Program yang diadakan pada 1 Mei 2018 ini bertujuan bagi mengeratkan lagi ukhuwah antara KETENGAH dengan penduduk setempat. Hubungan yang erat akan mewujudkan komunikasi yang lebih berkesan dan kerjasama yang baik antara satu sama […]

Jualan Sentuhan Rakyat

Program Jualan Sentuhan Rakyat merupakan usaha kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat. Melalui program ini, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga antara lima sen hingga RM1 lebih murah bagi produk atau setiap kilogram berbanding yang ditawarkan dalam pasaran semasa. Sehubungan dengan itu satu program Jualan Sentuhan Rakyat telah dianjurkan pada […]

Bandar Baru Gawi Pelengkap Pembangunan Tasik Kenyir

KETENGAH memperuntukkan sebanyak RM45 juta bagi pembangunan Bandar Baru Gawi di Hulu Terengganu seterusnya menjadi pelengkap pembangunan Tasik Kenyir sekaligus mampu melonjakkan taraf ekonomi serta membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Majlis perletakan batu asas Bandar Baru Gawi telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Rozi bin Haji Mamat Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan & Sumber Manusia […]

PPK Air Putih Penyelesaian Masalah Rakyat

Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah memperuntukkan kira kira RM 25 Juta bagi membangunkan Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Air Putih. Projek yang dikendalikan oleh KETENGAH ini akan menyelesaikan masalah rakyat akibat dari musibah banjir. Disamping itu projek ini akan menyediakan tempat tinggal yang selesa dan moden kepada mereka dengan dilengkapi kemudahan asas […]

KOLEJ KOMUNITI DUNGUN BAKAL BEROPERASI SEPTEMBER 2018

Satu lagi pusat kemahiran berasaskan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) akan diwujudkan buat rakyat Dungun apabila Kolej Komuniti cawangan Dungun beroperasi September ini. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata ia akan memberi peluang bukan sahaja kepada pelajar mendapatkan kemahiran yang mereka minati, malah kepada masyarakat setempat untuk mengikuti kursus kemahiran dalam […]

KETENGAH Di Hatiku

Hari ini genaplah usia penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) ke 45 Tahun. KETENGAH merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, […]