logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kesetiaan dan Kebersamaan Kunci Kejayaan KETENGAH

Majlis Jalinan Mesra Bersama Pengurusan KETENGAH telah berlangsung pada 11 April 2018. Program yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan KETENGAH serta pegawai dan kakitangan syarikat anak ini telah dijalankan bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. YBhg Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH berpesan supaya semua […]

Kemakmuran Di Syukuri Bersama

Sempena dengan sambutan ulangtahun ke 45 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), satu program Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Mimbar Ilmu telah diadakan serentak di lima perbandaran KETENGAH iaitu bandar Al Muktafi Billah Shah, Ketengah Jaya, Seri Bandi, Ceneh Baharu dan Bukit Besi.  

Penduduk Wilayah KETENGAH Sentiasa Mendapat Perhatian Kerajaan

Program baik pulih rumah yang merupakan salah satu program PPRT di bawah KKLW, bertujuan membantu peserta yang telah mempunyai rumah masih ekonomik untuk dibaiki. Satu majlis pelancaran program baik pulih rumah telah dilaksanakan pada 28 Mac 2018 bertempat di Kampung Rantau Panjang. Seramai 71 orang penerima dari 17 buah kampung dalam wilayah telah menerima surat […]

Jualan Sentuhan Rakyat

Program Jualan Sentuhan Rakyat adalah bertujuan memberikan peluang kepada rakyat mendapatkan barang keperluan harian pada harga murah dan berkualiti. Jualan yang bermula seawal jam 8.00 pagi hingga jam 3.00 petang telah mendapat sambutan meriah dari penduduk wilayah KETENGAH dan kawasan berdekatan.Program ini dianjurkan oleh Ketengah Holding bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). […]

Perkongsian Bersama, Tingkatkan Kecekapan

Pada 21 Mac 2018, seramai 14 orang wakil dari Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan lawatan ke Tasik Kenyir. Rombongan tersebut telah diketuai oleh YBhg Tuan Haji Samsudin bin Hassan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA. Objektif utama lawatan adalah bagi menggalakkan perkongsian pintar di antara agensi-agensi Kerajaan sebagaimana saranan Kementerian dan MAMPU dalam meningkatkan […]