logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Pelancaran Program Tuisyen Rakyat @ KKLW DUN Bukit Besi 2017

Program Tuisyen Rakyat @ KKLW merupakan salah satu program kecaknaan kerajaan terhadap nasib masyarakat luar bandar.  Ianya menyediakan kemudahan kelas bimbingan tambahan secara percuma kepada pelajar di kawasan luar bandar bagi mempertingkatkan tahap penguasaan mata pelajaran teras dan pencapaian akademik sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan. Program ini disasarkan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR […]

Program Pasar Percuma Tasik kenyir 2017

Program Pasar Percuma Tasik kenyir 2017 dan Demonstrasi Masakan Sempena sambutan 44 tahun KETENGAH telah berlangsung pada 20 mei 2017 bertempat di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir. Pelbagai barangan dapur, pakaian dan peralatan sukan telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai, jabatan kerajaan dan syarikat swasta. Majlis perasmian dan penyampaian barangan telah disempurnakan oleh En Omar […]

Ceramah Kerinduan Ramadan

Sempena ulang tahun ke 44 Penubuhan KETENGAH, satu program ceramah telah berlangsung di RTC Terengganu pada 17 Mei 2017, yang bertajuk “Kerinduan Ramadan” telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ustaz Kazim bin Elias. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Dato’ Ustaz Kazim telah menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latar belakang masyarakat sekitar Wilayah KETENGAH, […]

Bengkel Pelan Strategik Pencegahan Rasuah (PSPR) KETENGAH 2017

KETENGAH dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik Pencegahan Rasuah (PSPR) pada 14 hingga 16 Mei 2017. PSPR merupakan usaha pencegahan rasuah secara bersepadu dan berterusan sebagai usaha dalaman organisasi yang sistematik dan berkesan berdasarkan kepada prinsip “mencegah lebih baik dari mengubati”. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk merangka satu […]

Lawatan Ketua Perwakilan Asing ke Tasik Kenyir

Sempena rangka lawatan ketua-ketua perwakilan asing ke Negeri Terengganu, rombongan tersebut telah singgah meninjau keindahan alam di Tasik Kenyir pada 15 mei 2017. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh YBhg. Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH. Hadir sama mengiringi lawatan tersebut YBhg. Tun Ahmad Faisal bin Abd Razak, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

Tahniah kepada pemenang RBC 2016

Tahniah kepada 2 orang usahawan KETENGAH yang memenangi anugerah Usahawan Harapan pada Majlis penyampaian Anugerah Rural Business Challenge (RBC) 2016 dan Pelancaran Realiti RBC 2017 di Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Kuantan Pahang. Program ini merupakan salah satu program dibawah pelan Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) Pembangunan Luar Bandar. Tujuan program ini dilaksanakan adalah sebagai usaha […]