Rakaman Takbir Raya KETENGAH

Pada edisi kali ini Takbir Raya telah menjalani penggambaran di sebuah rumah Program Rakyat Termiskin (PPRT) yang terletak di Kampung Dendang, Dungun Terengganu. Kisahnya berkisar daripada kepulangan anak peserta PPRT yang lama diperantauan. Beliau bersyukur atas sumbangan yang diberikan malahan seluruh pengurusan KETENGAH telah sama-sama meraikan malam raya di rumah beliau. Nantikan video Takbir Raya […]
Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa KETENGAH Bersama Media Terengganu

Media massa berperanan menyampaikan maklumat dan dasar dasar kerajaan malah juga penting sebagai medium mendapatkan maklum balas keberkesanan pelaksanaan. Bagi menghargai peranan media khususnya dalam memberikan bantuan liputan dan pelaporan terhadap imej baik dan pencapaian KETENGAH, satu Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa KETENGAH Bersama Media Terenggganu telah diadakan. Majlis tersebut telah diadakan bertempat di […]
Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Terengganu

Terima Kasih YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Santuni Masyarakat Desa Wilayah KETENGAH 17 Mac 2024, Al Muktafi Billah Shah-Lebih 2,000 orang yang terdiri daripada masyarakat setempat, anak yatim dan pelajar tahfiz diraikan di Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Terengganu. Majlis dimulai dengan Tazkirah Dhuha yang disampaikan oleh YH Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin, […]
Program Ziarah Kasih Sempena Ramadan 1445H

Program Ziarah Kasih Sempena Ramadan merupakan program ziarah Pengurusan KETENGAH kepada kakitangan dan pesara KETENGAH yang kurang bernasib baik dan mengalami masalah kesihatan. Dalam program ini, Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa telah menyampaikan sumbangan berbentuk hamper dan wang tunai bagi membantu meringankan beban menghadapi bulan Ramadan. Turut hadir, Pengerusi PUSPANITA […]
Pendaftaran MyDigital ID kepada pegawai dan Kakitangan

KETENGAH melalui Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama MIMOS Berhad telah mengadakan pendaftaran MyDigital ID kepada pegawai dan Kakitangan. MyDigital ID merupakan sistem pengesahan identiti secara atas talian yang menekankan aspek keselamatan. Ia adalah platform yang dipercayai dan selamat serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi […]
Program Memasak Bubur Lambuk Sempena Ramadan 1445H

Bubur lambuk amat sinonim dengan kehadiran bulan Ramadan. Juadah enak penambah perisa waktu berbuka ini amat digemari oleh semua lapisan masyarakat. KETENGAH juga tidak ketinggalan mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk yang diadakan pada 1 Ramadan 1445H bersamaan 12 Mac 2024 sebagai simbolik menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Program yang diadakan secara gotong-royong ini dapat […]

