logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

LAWATAN BERMAKLUMAT PROJEK TANAMAN JED DEW DI KAMPUNG BANGGOL, KELANTAN

Pada 14 Jun 2024, Lawatan Bermaklumat ke Projek Tanaman Jed Dew di Kampung Banggol, Kelantan telah diadakan yang diketuai oleh Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan, 6 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Ekonomi dan Usahawan serta 5 orang peserta dari Projek Rintis AMBS, Tanaman Kontan.

Turut hadir bersama-sama lawatan bermaklumat ini adalah Encik Suhaidi bin Ismail, Pegawai FAMA Daerah Kota Bharu.

Objektif utama lawatan bermaklumat ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pembelajaran kepada peserta mengenai teknik dan amalan pertanian terbaik dalam penanaman ‘Jade Dew’.

Lawatan bermaklumat ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada peserta dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang pertanian.