logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM MUHIBBAH KORBAN BERSAMA KOMUNITI KETENGAH 2026M / 1447H

Program Muhibbah Korban bersama komuniti Ketengah sempena sambutan Aidiladha telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh harmoni dan semangat kebersamaan.

Pengisian Bayanul ‘Ilm telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Huzaifah bin Sulong, yang menekankan penghayatan ibadah korban sebagai lambang ketaatan kepada Allah SWT, di samping menyemai nilai keikhlasan, pengorbanan dan kepedulian terhadap golongan yang memerlukan.

Ibadah korban bukan hanya satu amalan ritual, tetapi menjadi pemangkin kepada kesejahteraan ummah melalui perkongsian rezeki serta pengukuhan ukhuwah dalam masyarakat.

Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Faizol bin Ab Aziz, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan serta Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan.

Ketengah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga semangat pengorbanan dan kebersamaan ini terus subur dalam membina komuniti yang lebih sejahtera.