Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Pekerja telah menganjurkan Program Jelajah Santai MBJ Pekerja Siri 1 Tahun 2026 pada 4 Mei 2026 (Isnin), melibatkan kakitangan Pejabat KETENGAH Bandar Bukit Besi. Program ini merupakan inisiatif berterusan dalam usaha memperkukuh hubungan kerja serta meningkatkan komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dan warga kerja.
Antara pengisian utama ialah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Taman Permainan Kanak-Kanak Bandar Bukit Besi, yang mencerminkan semangat kerjasama serta keprihatinan terhadap kebersihan dan kelestarian persekitaran. Selain itu, sesi perkongsian dua hala turut diadakan bagi memberi ruang kepada kakitangan menyampaikan pandangan, cadangan dan maklum balas secara terbuka.
Penganjuran program ini diharap dapat mengeratkan silaturahim, memupuk semangat berpasukan serta menyokong usaha penambahbaikan berterusan dalam organisasi. Inisiatif seumpama ini akan diteruskan pada siri berikutnya dengan penglibatan kakitangan di lokasi lain




























