19 April 2026 | Bandar Al Muktafi Billah Shah – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Kecil KETENGAH yang diketuai oleh Pengerusinya, YBhg. To’ Puan Anizal binti Yusoff telah mengadakan kunjung hormat kepada Pengurus Besar KETENGAH merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa.
Kunjung hormat ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa Baharu PUSPANITA di samping membentangkan perancangan aktiviti bagi tahun 2026 dan 2027.
Dalam pertemuan tersebut, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri berharap agar PUSPANITA terus memainkan peranan yang aktif dalam memperkukuh kebajikan ahli, memupuk semangat kerjasama serta menyokong aspirasi organisasi melalui pelaksanaan program-program yang berimpak tinggi.
Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi I, Puan Hajah Masriza binti Abdul Wahab; Timbalan Pengerusi II, Puan Hajah Ruzaidah binti Sulong @ A. Rashid; serta Timbalan Pengerusi III, Puan Rosmawati binti Ismail.











