Pada 16 April 2026 telah berlangsung Program Gotong-Royong di kawasan Esplanade Tasik Puteri, Bukit Besi hasil kerjasama strategik antara Bahagian Pelancongan KETENGAH, Kolej KETENGAH, UiTM Bukit Besi serta komuniti setempat.
Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif untuk memperindah kawasan pelancongan, di samping memastikan persekitaran yang lebih bersih, teratur dan kondusif kepada pengunjung. Selain itu, program ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh semangat kerjasama, perpaduan dan jaringan antara agensi serta masyarakat.
Semangat kebersamaan yang ditunjukkan mencerminkan komitmen semua pihak dalam memelihara kebersihan dan kelestarian aset pelancongan, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan komuniti serta manfaat jangka panjang untuk generasi akan datang.
Inisiatif seumpama ini diharapkan dapat diteruskan secara konsisten sebagai usaha berterusan dalam memperkasa imej destinasi pelancongan agar lebih berdaya saing, menarik dan menjadi pilihan utama pengunjung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen, kerjasama erat serta dedikasi dalam menjayakan program ini.










