logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM CSR POLITEKNIK HULU TERENGGANU BERSAMA KETENGAH DI TASIK KENYIR

HULU TERENGGANU, 14 April 2026 – Politeknik Hulu Terengganu (PHT) dengan kerjasama KETENGAH telah menganjurkan satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berlangsung di Tasik Kenyir hari ini.

Program melibatkan 14 orang pensyarah, 92 orang pelajar dan warga KETENGAH (Bahagian Zon Bebas).

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar dan memperkukuhkan hubungan antara institusi pendidikan dan agensi pembangunan wilayah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program iaitu gotong-royong membersihkan kawasan-kawasan tarikan pelancong seperti kerja-kerja mengecat pasu bunga, mengecat tangga jeti, mengecat dewan, blower dan menceriakan Pusat Penerangan Kenyir serta landskap Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.
Inisiatif ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan tanggungjawab sosial, malah turut menyokong usaha pemeliharaan keindahan alam semula jadi di Tasik Kenyir sebagai salah satu destinasi pelancongan utama negara.

Penganjuran program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah mempunyai nilai kemanusiaan dan keprihatinan terhadap masyarakat serta alam sekitar.