Program KBNQ 2026 yang dianjurkan oleh Ping Anchorage bersama Canon dengan kerjasama KETENGAH dan beberapa agensi kerajaan berlangsung pada 17 hingga 19 April 2026 telah berjaya menarik penyertaan seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada penggiat alam sekitar, pencinta wildlife, penyelidik akademik dan pelancong antarabangsa (Negara Texas dan Canada) yang menjadikan Tasik Kenyir sebagai destinasi utama ekopelancongan dan pelancongan lestari di Malaysia.
Program tahunan yang berlangsung selama 3 hari bermula flag-off di Kenyir Information Center (KIC) KETENGAH dan merupakan pemangkin eko-pelancongan serta padat dengan pengisian ilmu.
Antara lokasi yang terlibat adalah Hentian Cengal, Hornbill Valley, Tasik Kenyir. Ini kerana Tasik Kenyir merupakan habitat kepada lebih kurang 296 spesies burung.
KBNQ bukan sahaja memperkenalkan khazanah alam Terengganu kepada dunia, malah menjadi platform dalam usaha memupuk kesedaran awam terhadap kepentingan memelihara biodiversiti hutan Malaysia khususnya spesies yang terancam seperti burung Enggang (Hornbill) dan bunga Rafflesia.











