23 April 2026 (Khamis) – Satu lawatan delegasi Lembaga Lada Malaysia telah diadakan ke Projek Tanaman Lada Ketengah bertempat di Projek Tanaman Industri Asas Tani (IAT), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun.
Lawatan ini diketuai oleh *Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Tanaman MPB, En. William Sze*, bertujuan untuk melihat potensi dan kemajuan kebun lada yang diusahakan pengusaha dengan keluasan tanaman seluas 7 ekar.
Sesi lawatan ini menjadi platform penting untuk memperkukuhkan kerjasama antara MPB dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam memperkasakan industri lada di wilayah Terengganu. Melalui bimbingan teknikal dan sokongan agensi, diharapkan pengusaha lada tempatan mampu meningkatkan kualiti hasil dan daya saing di pasaran yang lebih luas.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program hari ini. Semoga industri lada negara terus mekar dan memberi pulangan lumayan kepada pengusaha.




