logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Sesi Libat Urus Bersama Pengusaha Bot Pelancongan Wilayah KETENGAH

Satu sesi libat urus strategik telah diadakan antara KETENGAH dan para pengusaha bot pelancongan di Wilayah KETENGAH pada 4 Mei 2026, bagi membincangkan hala tuju serta strategi pemerkasaan industri bot pelancongan di kawasan berkenaan.

Sesi ini bertujuan untuk memperkukuh potensi sektor pelancongan air di Wilayah KETENGAH, sekaligus meningkatkan keupayaan dan daya saing para pengusaha bot tempatan agar lebih berdaya tahan serta kompetitif dalam industri pelancongan.

Selain itu, sesi libat urus ini turut berfungsi sebagai platform strategik untuk pertukaran pandangan antara pihak berkepentingan, khususnya dalam mengenal pasti isu dan cabaran semasa yang dihadapi industri. Perbincangan merangkumi aspek operasi, pemasaran dan tadbir urus perkhidmatan, sekali gus membuka ruang untuk merangka cadangan penambahbaikan yang lebih komprehensif dan bersasar.

Melalui inisiatif ini, KETENGAH berhasrat untuk memantapkan jalinan kerjasama bersama para pengusaha bot pelancongan di Wilayah KETENGAH secara berterusan, sejajar dengan komitmen KETENGAH dalam menyokong pembangunan ekonomi setempat serta mengukuhkan kedudukan Wilayah KETENGAH sebagai destinasi pelancongan berasaskan air yang berdaya maju dan berdaya saing.