Pengurus Besar Turun Padang Lawat Mangsa Banjir
Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH bersama pasukan Gerakan Banjir telah mengadakan lawatan ke Kg Pasir Raja dan Kg Shukor yang kerap dilanda banjir. Kedua-dua tempat tersebut memang dari dulu lagi cenderung mengalami banjir. Sempena lawatan itu juga, Pengurus Besar sempat menyalurkan beberapa bantuan kepada penduduk disitu.
Hari Keluarga KKLW 2014
Pada 14 Disember 2014, KKLW telah menganjurkan Sambutan Hari Keluarga 2014 bertempat di Padang Semarak, Taman Wetland, Putrajaya. KETENGAH selaku agensi dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga turut serta dalam program tersebut.
Lawatan Sulung Menteri Besar ke KETENGAH
Satu Majlis Perjumpaan Menteri Besar bersama Pegawai dan kakitangan KETENGAH telah diadakan pada 2 Dis 2014 bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA). Di kesempatan lawatan sulung ini juga, YAB Dato Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman berpeluang melawati pembangunan sekitar Wilayah KETENGAH antaranya ialah RTC Terenggnau, Mara Ketengah International College, Kolej Ketengah, IMTIAZ dan juga […]
Bengkel Pemurnian Bajet Pembangunan 2015 dan Halatuju Baru KETENGAH
Pada 28 hingga 30 november 2014, telah berlangsung satu Bengkel Pemurnian Bajet Pembangunan Tahun 2015 dan Halatuju Baru KETENGAH bertempat di Resort World, Kijal, Kemaman. Seramai 71 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri dari kumpulan pengurusan tertinggi, pegawai kumpulan pengurusan dan professional KETENGAH serta unit pengurusan projek wilayah KETENGAH (UPPWK). Bengkel ini diketuai […]
Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH 2014
KETENGAH, sentiasa prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik. Sehubungan dengan itu, pelajar miskin dan anak yatim bagi DUN Air Putih dan DUN Kijal pula dibantu menerusi Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK). TAMK merupakan sebuah tabung amanah yang diwujudkan bagi membantu golongan miskin dan kurang upaya yang menetap di Wilayah KETENGAH hasil sumbangan dari Anak […]
Ketengah cipta rekod dalam Malaysia Book of Records
Bulan Muharram sangat sinonim dengan masakan bubur asyura. Bertempat di Dataran Seri Bangun, Bukit Besi, keriuhan penduduk wilayah KETENGAH memasak bubur asyura memeriahkan lagi suasana Program Riuh Rendah Kacau Bubur Asyura pada 20 November 2014. Program yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama DUN Bukit Besi telah berjaya mengumpul lebih 2,000 orang […]