logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Pengurus Besar Prihatin

Pada 26 Mac 2016, Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Omar bin Ismail telah menziarahi En Nazir iaitu salah seorang kakitangan KETENGAH yang telah diserang penyakit lelah yang agak teruk. Diiringi oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Pengurus Khidmat Pengurusan.

Program Jom Ngail Riang Ria Keluarga KETENGAH

Kelab Keluarga KETENGAH telah mengadakan Program Jom Ngail…Riang Ria Keluarga KETENGAH bertempat di Tasik BALORA Bandar AMBS pada 18 Mac 2016. Program ini terbuka kepada semua ahli dan keluarga kelab 3K. Seramai 118 ahli telah mendaftar dan menunjukkan kemahiran memancing mereka. Hadiah tempat pertama hingga ketiga merupakan pekej pelancongan ke Cameron Highland, Pahang beserta barangan […]

Kursus Protokol dan Etiket Sosial

Ketengah telah mengadakan satu kursus Protokol dan Etiket Sosial kepada kakitangan KETENGAH pada 8-10 Mac bertempat di Hotel Felda Residence , Kuala Terengganu. Kursus bertujuan mempertingkatkan pengetahuan berkenaan prinsip prinsip asas teori dan amalan pengendalian tatacara majlis sosial etiket dan pengurusan diri. Dapat meningkatkan kemahiran dalam mengamalkan etiket sosial dan protokol seterusnya lebih berkeyakinan dan […]

KETENGAH bekalkan Tangki Air Life Saver H2O R1

Satu majlis Penyerahan Tangki Air Life Saver H2O R1 bagi Kawasan Parlimen Dungun telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg.Dato’Din bin Adam, Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB) Parlimen Dungun pada 6 Mac 2016 bertempat di Balairaya Kampung Dendang, Dungun, Terengganu. Sebanyak 20 buah kampung termasuk tiga sekolah bagi kawasan parlimen dungun telah dibekalkan tangki ini bagi […]

Bengkel Pengurusan Mesyuarat Berkualiti

Satu Bengkel Pengurusan Mesyuarat Berkualiti telah diadakan pada 28hb hingga 1 Mac 2016 bertempat di Kelab Golf Bukit Besi. Bengkel ini bertujuan bagi memantapkan lagi kemahiran kakitangan dalam pengurusan mesyuarat.

Kursus Pemantapan Integriti

KETENGAH dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan Kursus Pemantapan Integriti kepada pembekal dan kontraktor dalam wilayah KETENGAH pada 29 Februari 2016 bertempat di Dewan Serbaguna, RTC Terengganu Bandar Al Muktafi Bilah Shah. Kursus anjuran bersama ini merupakan salah satu usaha pihak KETENGAH untuk memantapkan budaya dan nilai integriti di kalangan kontraktor […]