Program Jom Ngail Riang Ria Keluarga KETENGAH

Kelab Keluarga KETENGAH telah mengadakan Program Jom Ngail…Riang Ria Keluarga KETENGAH bertempat di Tasik BALORA Bandar AMBS pada 18 Mac 2016. Program ini terbuka kepada semua ahli dan keluarga kelab 3K. Seramai 118 ahli telah mendaftar dan menunjukkan kemahiran memancing mereka.

Hadiah tempat pertama hingga ketiga merupakan pekej pelancongan ke Cameron Highland, Pahang beserta barangan elektrik. Cabutan bertuah turut disediakan kepada para peserta. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Che Zakaria bin Che Awang, Timbalan Pengurus Besar ( Pembangunan) KETENGAH. Berikut merupakan senarai pemenang:

1. Tempat pertama : En. Najhan b Bidin

2. Tempat kedua : En. Januar b Musa

3. Tempat Ketiga : En. Mohd Faisal b Ahmad

placeholder
Kursus Protokol dan Etiket Sosial
placeholder
Pengurus Besar Prihatin

Artikel Lain