Kursus Tauliah Penyembelihan

11-12 Januari 2023
Kebimbangan terhadap status sembelihan halal yang membabitkan isu sembelihan yang didakwa tidak mengikut piawaian ditetapkan dalam Islam telah menimbulkan keraguan kepada pengguna terutamanya yang beragama Islam pada masa kini.
Justeru itu, KETENGAH telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Kursus Tauliah Penyembelihan dengan kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Terengganu dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).
Kursus ini melibatkan seramai 30 orang usahawan ternak di Wilayah KETENGAH yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada usahawan yang terlibat dengan aktiviti sembelihan ternakan sama ada yang dilakukan di rumah ataupun di rumah-rumah sembelihan yang diluluskan.
Kursus ini telah diadakan bertempat di Galeri Perkampungan Usahawan, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Majlis perasmian penutup kursus ini disempurnakan oleh Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH diiringi Tuan Haji Zulkefli bin Othman, Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam) JHEAT.
KETENGAH berharap agar kursus ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta serta dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan peserta berkaitan sembelihan halal ternakan.
Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baharu 2023
Bengkel Bajet Pembangunan Rolling Plan Ketiga (RP3) Tahun 2023, RMKe-12

Artikel Lain