PENGENALAN
PROGRAM SOKONGAN PENGUKUHAN KEUSAHAWANAN LUAR BANDAR (SPKLB) bertujuan menyediakan kemudahan sokongan berbentuk geran padanan, program latihan dan pembangunan produk kepada usahawan luar bandar untuk pengeluaran produk dan pengembangan pasaran yang lebih luas.

KUMPULAN SASAR
Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada usahawan luar bandar yang komited untuk mengembangkan perniagaan melalui penggunaan teknologi dan inovasi namun kekurangan modal untuk meningkatkan keupayaan keluaran dan perkhidmatan.bagi usahawan yang terlibat dalam bidang berikut:

(i) Perkhidmatan;

(ii) Makanan dan Minuman;

(iii) Pembuatan/ Perkilangan;

(iv) Pertanian (Industri Hiliran/Teknologi);

(v) ICT dan Kreatif Teknologi;

(vi) Kesejahteraan (Wellness);

(vii) Gaya Hidup;

●Usahawan akan dipilih berdasarkan potensi produk dan perkhidmatan yang sedang diusahakan semasa permohonan dibuat.

SYARAT-SYARAT

Syarat-syarat dan kriteria kumpulan sasar yang LAYAK adalah seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Berumur 21 dan ke atas;

(iii) Permohonan terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau Syarikat Sendirian Berhad;

(iv) Pemohon tidak disenaraihitam oleh mana-mana institusi kewangan/ KPLB;

(v) Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan menjalankan perniagaan sepenuh masa;

(vi) Perniagaan beroperasi dan mempunyai alamat berdaftar di luar bandar dengan merujuk kepada takrifan senarai Parlimen di bawah Majlis Pembangunan Luar Bandar;

(vii) Perniagaan perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Semenanjung Malaysia atau Ordinan Perniagaan di Sabah & Sarawak;

(viii) Mempunyai lesen berniaga iaitu kebenaran menjalankan perniagaan daripada Pihak Berkuatkuasa Tempatan (PBT) atau pengesahan di Luar Kawasan Seliaan oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan;

(ix) Memiliki premis perniagaan yang bersesuaian;

(x) Jumlah pendapatan tahunan kurang RM200,000

●Pemohon yang telah mendapat bantuan geran di bawah Program Rural Business Challenge (RBC), pemohon tersebut tidak layak lagi untuk memohon geran SPKLB.

●Bagi pemohon yang telah mendapat bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP), pemohon layak untuk memohon geran SPKLB selepas setahun mendapat bantuan tersebut.

SKOP BANTUAN

7 Skop utama seperti berikut:

Bil Skop Penerangan Skop Aktiviti
1 Perkhidmatan Projek-projek ekonomi yang memberi perkhidmatan yang memerlukan daya kemahiran sebagai aktiviti utama projek seperti perkhidmatan jahitan, gunting rambut, kraftangan, spa dan urutan
2 Produk Makanan & Minuman Projek-projek ekonomi yang menjalankan aktiviti penjualan produk seperti makanan/minuman dan barangan sebagai aktiviti utama projek
3 Pembuatan/Perkilangan Projek-projek ekonomi yang menjalankan aktiviti penghasilan produk/memproses bahan-bahan mentah sebagai aktiviti utama
4 Pertanian (Industri Hiliran/Teknologi) Projek-projek yang meliputi aktiviti tanaman, ternakan dan perikanan. Penekanan akan diberikan kepada industry hiliran daripada produk atau aktiviti pertanian/asas tani
5 ICT dan Kreatif Teknologi Projek-projek ekonomi yang merangkumi aktiviti ICT dan kreatif teknologi seperti pembangunan software
6 Kesejahteraan (Wellness) Projek-projek ekonomi yang merangkumi aktiviti kesejahteraan seperti produk-produk asas kesihatan
7 Gaya Hidup Projek-projek ekonomi yang merangkumi aktiviti gaya hidup seperti fesyen, sukan dan lain-lain

KADAR PEMBERIAN GERAN

●Pemberian penuh 100% geran.

●Geran penuh SPKLB hanyalah terpakai bagi tahun 2020 sahaja.

●Nilai maksimum geran adalah sebanyak RM10,000.00.

●Pemohon layak menggunakan geran bagi tujuan berikut:

  1. Pembelian atau baik pulih Aset/Mesin/Peralatan
    a) Aset, mesin dan peralatan yang digunakan untuk menjalankan perniagaan.

    b) Peserta hendaklah mengambil polisi insurans ke atas mesin/peralatan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.
  2. Pengubahsuaian Premis Perniagaan
    a) Tapak premis mendapat kelulusan beroperasi/kebenaran sementara daripada PBT atau lain-lain peraturan melalui salinan geran atau perjanjian kebenaran pemilik asal.

    b) Pengubahsuaian premis perlu mendapatkan kelulusan pelan bangunan/premis daripada PBT terlebih dahulu atau lain-lain pihak berkuasa berkaitan jika perlu.
  3. Modal Pusingan/Modal Kerja
    a) Bantuan modal pusingan/modal kerja merangkumi keperluan jangka pendek bagi perbelanjaan organisasi/pentadbiran, pemasaran dan operasi.

    b) Modal kerja seperti perolehan bahan mentah dan keperluan stok perniagaan, bayaran sewaan premis perniagaan dan penyelenggaraan premis perniagaan.

PELAKSANAAN

●Peserta SPKLB yang terpilih diwajibkan untuk menghadiri latihan/kursus/coaching yang disediakan seperti kursus motivasi, kursus asas kewangan dan mendapat bimbingan pengurusan dan pemantauan secara konsisten.

●Borang permohonan boleh didapati di semua Agensi KPLB. Borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dihantar ke Agrnsi KPLB yang berdekatan dengan kawasan pemohon.

●Permohonan yang tidak menepati syarat/skop/dasar Garis Panduan SPKLB boleh ditolak lebih awal di peringkat Agensi Pelaksana sebelum disyorkan untuk kelulusan Jawatankuasa Penilaian Program SPKLB (JPP SPKLB)

PEMANTAUAN & PELAPORAN

●Peserta SPKLB hendaklah mengemukakan Laporan Prestasi kepada Agensi Pelaksana secara bulanan.

●Peserta SPKLB perlu menunjukkan peningkatan pendapatan sekurang-kurangnya 30% dalam tempoh pemantauan program.

●Peserta SPKLB perlu melaporkan kemajuan perniagaan dari segi pertambahan bilangan pekerja, hasil jualan dan pendapatan, pertambahan jumlah cawangan premis dan lain-lain.

●Peserta SPKLB perlu menghadiri semua latihan/kursus/coaching yang dilaksanakan oleh Agensi Pelaksana.

●Peserta SPKLB perlu memastikan aset/mesin/peralatan dalam keadaan yang baik, sempurna dan selamat digunakan.

●Tempoh pemantauan bermula selepas pembekalan disempurnakan selama 24 bulan.

●Peserta yang menarik diri atau tidak meneruskan program tanpa sebab yang munasabah atau gagal mendapatkan pelepasan dari pihak kementerian boleh disenarai hitam untuk program-program kementerian di masa akan datang.

*Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh diajukan kepada pegawai berikut:

1.         Encik Latiff bin Muhamad di talian 09-8231135

2.         Cik Norzaini binti A Rahman di talian 09-8231100