Tawaran Penyewaan dan Pengoperasian Bangunan Pusat Perkhidmatan Gawi di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir

Dimaklumkan bahawa Pengurusan Ketengah mempelawa individu atau syarikat yang berminat mengoperasikan Pusat Perkhidmatan Gawi untuk mengemukakan Kertas Cadangan Pengurusan dan Pengoperasian bangunan Pusat Perkhidmatan Gawi, Tasik Kenyir.

2. Komponen-komponen yang ada sebagaimana berikut :-

  1. Hotel Bajet
    1. 24 bilik saiz (4m x 7m) di tingkat atas
  2. Mini Market Size (24m x 16.4m)
  3. 1 Lot Kedai saiz (6m x 16m)

Tarikh Permohonan ditutup : 20 Oktober 2020

3. Sekiranya berminat, tuan/puan atau syarikat diminta hadir ke pejabat sebagaimana alamat untuk lawatan tapak dan format kertas cadangan boleh dimuat turun di pautan yang disertakan, seterusnya mengemukakan permohonan bersama kertas cadangan yang lengkap kepada :-

Pengurus Zon Bebas
Pejabat KETENGAH,
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
21700, Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu.

4. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi talian 09-6668498 / 09-6660412.

Sekian, untuk makluman.

placeholder
Tawaran Penyediaan dan Pengoperasian Kemudahan Limbungan (Dockyard) di Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

Artikel Lain