Think Tank@KKDW

Dalam usaha mereformasikan perkhidmatan di KKDW, penubuhan Kumpulan Pemikir KKDW atau ringkasnya Think Tank@KKDW mampu menggerakkan dan mencetuskan perubahan selari dengan kehendak dan peredaran perkembangan semasa negara dan perkhidmatan awam.

Kumpulan Pemikir KKDW ini merupakan sebuah kumpulan yang dianggotai oleh pelbagai pegawai merentasi agensi di KKDW dengan terdiri daripada pelbagai gred dan skim perkhidmatan mampu untuk mencetuskan gelombang perubahan selain meneliti idea-idea baru untuk dilaksanakan.

Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun turut menzahirkan kepercayaan agar kumpulan pemikir ini mampu untuk menghasilkan penyelesaian isu, cadangan bernas dan inisiatif baharu untuk anjakan prestasi kementerian dan agensi.

Beliau hadir ketika berucap dan menyampaikan Watikah Kepada Kumpulan Pemikir KKDW di sini hari ini. Kumpulan Pemikir ini yang dicetuskan oleh beliau diyakini mampu untuk meneruskan legasi kecemerlangan KKDW dalam pelbagai samaada dari sudut penyediaan infrastruktur luar bandar, pembangunan usahawan dan modal insan serta pendidikan termasuklah TVET.

Hasil usaha semua inisiatif ini telah menjadi signature kebanggaan warga KKDW dan Agensi serta menjadi penanda aras perkhidmatan cemerlang KKDW dan Agensi untuk masyarakat Malaysia Madani.

351149785_801010024918907_316488672895929445_n
Program Permukiman Pegawai Perhubungan Awam (PRO) KKDW dan Agensi Tahun 2023
KETENGAH naik taraf Jalan Ibok-Seri Bandi

Artikel Lain