Program Permukiman Pegawai Perhubungan Awam (PRO) KKDW dan Agensi Tahun 2023

Program Permukiman Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Agensi Tahun 2023 diadakan selama 4 hari iaitu daripada 1-4 Jun 2023 bertempat di Langkapuri Resort, Pulau Langkawi, Kedah.

Program yang disertai lebih dari 50 orang peserta yang terdiri daripada PRO-PRO Kementerian, Pembantu PRO, Pentadbir Media Sosial, Jurufoto dan Juruvideo dan Agensi di bawah KKDW ini merupakan program yang dirancang secara tahunan bagi meningkatkan dan memantapkan jaringan komunikasi kementerian serta agensi selain mempraktikkan teknologi berkaitan dengan tugas-tugas dalam bidang komunikasi korporat jabatan dan agensi.

Selain itu juga, program ini dilihat mampu meningkatkan kefahaman dan penghayatan kepada tugas dan tanggungjawab Pegawai Perhubungan Awam (PRO) dan pegawai-pegawai lain berkaitan kepentingan pengurusan media dan memahami isu – isu di dalam komunikasi sekali gus dapat mengeratkan ukhuwah dikalangan PRO Kementerian dan Agensi.

Program turut diserikan lagi dengan kehadiran Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah iaitu YBrs Tuan Shuhami bin Mohammad dan YBrs Tuan Fadzmel bin Fadzil

Program Suri Impian(SURIA) Wilayah KETENGAH Tahun 2023
Think Tank@KKDW

Artikel Lain