logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Penyampaian Amanat Pengerusi KETENGAH

9 Januari 2022-Al Muktafi Billah Shah, Dungun Majlis Penyampaian Amanat Pengerusi KETENGAH Sempena Tahun Baharu 2022 telah berlangsung sebentar tadi bertempat di BALORA Bandar Al Muktafi Billah Shah. YB Senator Datuk Razali bin Idris berkata “kita mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan perkhidmatan kita adalah berintegriti dan prihatin. Budaya integriti dan prihatin yang tinggi dalam diri […]

PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2022 DARIPADA PENGURUS BESAR

perutusan

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan Salam Keluarga Malaysia. Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana kita diberi kesempatan untuk sama-sama melangkah ke Tahun Baharu 2022. Tahun 2021 berlalu begitu pantas dan kini.. [pdf-embedder url=”https://www.ketengah.gov.my/wp-content/uploads/2021/12/Perutusan-2022-PB.pdf” title=”Perutusan 2022 PB”]

Kursus Pemasaran Digital

27-28 Disember 2021- Kuala Terengganu. Perkembangan teknologi digital terkini telah membawa perubahan kepada model perniagaan sedia ada dan peningkatan kecekapan proses perniagaan usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Sehubungan dengan itu, bagi mendedahkan kaedah pemasaran secara digital KETENGAH telah mengambil pendekatan dengan manganjurkan Kursus Pemasaran Digital kepada usahawan dari wilayah KETENGAH. Seramai 40 orang […]

Memartabatkan Seni Silat di Wilayah KETENGAH

28 Disember 2021- Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Usaha memartabatkan silat sebagai seni warisan terutama dalam kalangan generasi muda mesti dilakukan secara berterusan supaya tidak pupus ditelan zaman. Fungsi silat bukan hanya sekadar memberi perlindungan dari aspek keselamatan tetapi dilihat dari konteks pembentukan kerohanian. KETENGAH sentiasa menyokong dan bekerjasama dalam melahirkan pesilat terutamanya di […]

Bantuan Pasca Banjir di Negeri Pahang dan Selangor

28 Disember 2021- Bandar Al Muktafi Billah Shah. YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH telah mengetuai Misi KETENGAH Ambik Cakna Keluarga Malaysia untuk misi bantuan pasca banjir di Negeri Pahang dan Selangor. KETENGAH memperuntukkan sebanyak RM300,000 untuk membantu meringankan bebanan mangsa banjir di Selangor dan Pahang melalui tabung CSR Ketengah Holding Sdn. Bhd. […]

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod

1 – 2 Disember 2021- Kuala Terengganu. Pengurusan rekod dan fail amat penting dalam sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, bagi mempertingkatkan kefahaman kakitangan tentang garis panduan dan prosedur pengurusan fail seperti penerimaan dan pendaftaran surat, pembukaan fail, penyimpanan, pengedaran dan penutupan fail, satu Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Kepada Kakitangan KETENGAH telah diadakan bertempat di […]