Kursus Pemasaran Digital

27-28 Disember 2021- Kuala Terengganu.

Perkembangan teknologi digital terkini telah membawa perubahan kepada model perniagaan sedia ada dan peningkatan kecekapan proses perniagaan usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Sehubungan dengan itu, bagi mendedahkan kaedah pemasaran secara digital KETENGAH telah mengambil pendekatan dengan manganjurkan Kursus Pemasaran Digital kepada usahawan dari wilayah KETENGAH. Seramai 40 orang usahawan telah mengikuti kursus ini dengan pelbagai latar belakang perniagaan dari 27 hingga 28 Disember 2021 bertempat di Sumai Hotel & Apartment, Kuala Terengganu.

Majlis Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Syahril bin Kamarudin dari Syarikat Speedofis99 Academy.

Memartabatkan Seni Silat di Wilayah KETENGAH
PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2022 DARIPADA PENGURUS BESAR

Artikel Lain