logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Pemuafakatan dalam komuniti

Ibarat kata peribahasa melayu “ Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat” “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Oleh hal demikian pihak KETENGAH telah mengadakan gotong royong program ameniti sosial wilayah KETENGAH tahun 2018 bertempat di kampung Batu 14 Kuala Tayor, Kemaman, Terengganu pada 11 Mac 2018. Pada kali ini KETENGAH bersama-sama penduduk kampung […]

Kebersamaan dalam masyarakat dipupuk

PELANCARAN GOTONG ROYONG PROGRAM AMENITI SOSIAL WILAYAH KETENGAH TAHUN 2018 Selaras dengan hasrat untuk mempertingkatkan pembangunan fizikal serta kemudahan asas yang memberi manfaat kepada penduduk, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan program gotong royong serentak di 6 buah kampung dalam wilayahnya. Bertempat di pekarangan Masjid As Solihin, Kampung Durian Mentangau, majlis Pelancaran Gotong Royong […]

Hari Keluarga 3K disambut meriah

Pada 24 Februari 2018, Kelab Keluarga KETENGAH (3K) telah mengadakan Hari Keluarga 3K 2018 bertemakan “Santai Bersama”. Program ini telah disertai 409 keluarga melibatkan 2040 orang. Pendaftaran peserta dimulakan seawal jam 7.30 pagi dan setiap peserta diberikan elaun kehadiran, kupon cabutan bertuah dan hadiah hari lahir. Acara sukanika dan sukan santai (putting golf, score mini […]

Pendapatan penduduk dipertingkat

Bagi memperkasakan ekonomi penduduk kampung, pihak kerajaan melalui KETENGAH sentiasa memikirkan cara atau kaedah terbaik bagi mempertingkatkan dan mempelbagaikan lagi sumber pendapatan penduduk. Sehubungan dengan itu, satu Program Santai Bersama Timbalan Pengerusi KETENGAH, Menuai Ikan Air Tawar telah dijalankan pada 27 Februari 2018 bertempat di kolam ikan Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun. Pihak KETENGAH telah […]

Kecaknaan KETENGAH

Pihak Pengurusan tertinggi KETENGAH sentiasa berusaha membela nasib pegawai dan kakitangannya. Perlindungan insurans skim takaful berkelompok dan kemalangan berkelompok kepada pegawai dan kakitangan KETENGAH telah diperkenalkan. Setakat ini sebanyak 14 tuntutan telah dibuat semenjak diperkenalkan pada tahun 2010. Skim ini merupakan inisiatif KETENGAH bagi membantu keluarga pegawai dan kakitangan yang ditimpa nasib malang. Pada 27 […]

APC KKLW 2017

Selaras dengan transformasi negara ke arah budaya kerja berprestasi tinggi dan berinovasi, kerajaan telah memperkenalkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). APC merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai. Sehubungan dengan itu, Satu Majlis Perkhidmatan Cemerlang KKLW Tahun 2017 telah […]