11-12 Januari 2023- Bukit Besi, Dungun.
Seramai 50 peserta yang terdiri daripada pengurusan, pegawai kanan, pegawai bajet dan pegawai teknikal KETENGAH telah mengikuti Bengkel Bajet Pembangunan Rolling Plan Ketiga (RP3) Tahun 2023, RMKe-12 bertempat di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun, Terengganu.
Objektif bengkel adalah memuktamadkan subprogram/projek untuk dilaksanakan pada tahun 2023. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.

Post Views: 1,435