Kerjasama Strategik Sektor Pelancongan

12 Ogos 2020 (Rabu) – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) telah mencapai kata sepakat dengan termeterainya kerjasama strategik sektor pelancongan antara 2 buah agensi berkenaan. Pendekatan ini selaras dengan pendekatan National Blue Ocean Strategic (NBOS) yang digalakkan oleh kerajaan dan memberi kesan positif kepada masyarakat luar bandar. Majlis Menandatangani […]
Program Korban dan Akikah 1441H/2020M

KETENGAH dengan kerjasama Masjid Sultan Mahmud telah melaksanakan Program Korban dan Akikah 1441H/2020M pada 1 Ogos 2020 bertempat di Masjid Sultan Mahmud bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan, sebanyak 10 ekor lembu telah disembelih. Turut hadir pada ke program tersebut YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus […]
Kayuhan Santai Bandar Dungun

25 Julai 2020Dungun Terengganu. Kelab 3K Bike KETENGAH telah menganjurkan kayuhan santai di sekitar bandar Dungun. Kayuhan bermula dari Teluk Gadung dan berakhir di Teluk Bidara sejauh 16.3 Kilometer. Seramai 60 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri dari Kelab 3K Bike, Kelab Angsana (Ketengah Holding Sdn. Bhd) dan Kelab Gateh Koho-Koho (Komuniti Al […]
Sesi Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Ketengah

Pada 21 Julai 2020, Sesi Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Ketengah telah dijalankan yang melibatkan panel penilai dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) negeri Terengganu. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) selaku Pegawai Keselamatan KETENGAH. Ahli panel seramai 3 orang diketuai oleh encik Azri Ajid, […]
Mangsa Kebakaran Terima Bantuan

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Puan Fatimah Salleh dari Kampung Seratus, Felda Neram 1, Kemaman yang menerima bantuan dari Ketengah kerana rumah kediamannya terbakar. Kejadian berlaku pada 12 Julai 2020 mengakibat kerosakan sebahagian daripada rumah mangsa. Dalam memenuhi tanggungjawab sosial, Ketengah telah menghulurkan sumbangan dalam bentuk kewangan bagi meringankan beban mangsa. Sumbangan telah disampaikan oleh […]
1 juta benih ikan dilepaskan di Tasik Kenyir

Program Libat Urus bersama myKomuniti Perikanan (myKP) Pengkalan Gawi dan Program Pelepasan Benih Ikan di Sungai Leban, Tasik Kenyir. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Jabatan Perikanan Malaysia akan membekalkan 1 juta benih anak ikan setiap tahun dalam usaha memulihara sumber berkenaan di Tasik Kenyir. Menterinya YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee hadir diiringi Pengerusi […]

