logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Lawatan JKKMB

Pada 5 Jun 2014, KETENGAH telah menerima satu Rombongan daripada Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Masyarakat Bandar (JKKMB) Bandar Mas KEJORA. Lawatan bermaklumat yang direncanakan oleh JKKMB ini adalah bertujuan meninjau projek-projek usahawan didalam Wilayah Ketengah.

Lawatan Timbalan Menteri KKLW

Pada 25 dan 26 Mei 2014, Ketengah berbesar hati menerima kunjungan daripada YB Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke Tasik Kenyir bersempena dengan Festival Kenyir 2014. Rombongan yang seramai 30 orang itu melibatkan 4 buah agensi iaitu JAKOA, FELCRA, MARA dan KEMAS. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Taman Tropika, […]

Lawatan Unit Strategi Nasional (NSU)

Pada 14 Mei 2014, KETENGAH telah menerima Rombongan Unit Strategi Nasional (NSU) dari Kementerian Kewangan Malaysia. Mereka telah datang melawat RTC Terengganu yang sedang dalam pembinaan di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Lawatan kerja ini diketuai oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Baharum bin Jani yang merupakan Pengarah NSU, MOF. Kedatangan beliau bertujuan untuk melihat […]

Kukuhkan akidah kita?

Satu Forum Perdana Ehwal Islam telah berjaya dilaksanakan di Kg Menerung, Ajil, Hulu Terengganu dengan kerjasama pihak Ketengah, Pejabat Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu, JAKIM dan RTM bersempena dengan Festival Kenyir 2014. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Y.B. Dato Jailani bin Johari merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu serta […]

Kunjungan Exco Pelancongan

KETENGAH berbesar hati diatas kunjungan YB Dato’ Mohd Jidin bin Shafie EXCO Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu ke Festival Tasik Kenyir 2014. YB Dato yang diiringi oleh Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud telah berkunjung ke Tapak Jualan Terus dari Kilang, Gerai PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH dan melihat kemeriahan Festival dari […]

Pertandingan Dikir Barat Festival Kenyir 2014

Satu Pertandingan Dikir Barat telah diadakan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir bersempena Festival Kenyir 2014 dengan kerjasama KETENGAH, Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Terengganu. Sebanyak 8 kumpulan telah menyertai pertandingan ini. Antara penyanyi jemputan yang dijemput ialah Cikgu Sulizi dan Roy (Kapilla).