Kit Bantuan Bencana KETENGAH disalurkan kepada mangsa banjir

Kit Bantuan Bencana KETENGAH terus disalurkan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). KETENGAH berharap dengan bantuan ini dapat membantu mereka yang terjejas. Sehingga jam 8.00 pagi ini 21 Disember 2022 seramai 6521 orang dari 1976 keluarga masih ditempatkan di PPS dalam wilayah KETENGAH.
Latihan Pengguna Sistem Pengurusan Perolehan KETENGAH (SysPro)

20-21 Disember 2022 KETENGAH telah mengadakan Latihan Pengguna dan Pentadbir Sistem Pengurusan Perolehan KETENGAH (SysPro) yang bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Peserta latihan adalah terdiri pegawai dan kakitangan daripada Bahagian Kewangan & Perakaunan dan Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat & Komunikasi. Sesi Latihan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan […]
Pengurus Besar lawat mangsa banjir

19 Disember 2022. Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa meluangkan masa melawat mangsa banjir dan menghulurkan bantuan berupa Kit Bantuan Bencana kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS dalam Wilayah KETENGAH. Antara PPS yang dikunjungi ialah Masjid Padang Kubu, Dewan Air Putih, SK Lembah Jabor dan PPS Pusat Niaga Tasik Puteri. […]
Bantuan Banjir dari KETENGAH dan JKM
19 Disember 2022-Hulu Terengganu. Sesi penghantaran barangan bantuan banjir dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Terengganu (JKM) seperti beras, sardin, bihun, lampin pakai buang dan air mineral serta Kit Bantuan Bencana KETENGAH kepada pelancong yang terkandas di Tasik Kenyir telah diagihkan pada jam 6.30 petang tadi. Penghantaran telah dibuat melalui Pengkalan Sungai Como dan dihantar ke […]
Direktori PKOB Daerah di seluruh Terengganu
DIREKTORI PKOD DAERAH SELURUH TERENGGANU 1) KUALA TERENGGANU 09-6313877 2) KEMAMAN 09-8591063 3) DUNGUN 09-8456000 4) BESUT 096953667 5) HULU TERENGGANU 09-6812572/76 6) MARANG 09-6182244/11 7) SETIU 09-6090126 8) KUALA NERUS 09-6673699
Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi

13 Disember 2022-Al Muktafi Billah Shah, Dungun. KETENGAH telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi bagi meraikan persaraan pegawai dan kakitangan yang bersara sepanjang tahun 2022. Seramai 19 orang pesara terdiri daripada yang bersara wajib, bersara pilihan termasuk seorang mengalami masalah kesihatan dan seorang meninggal semasa dalam perkhidmatan. Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad […]

