Bengkel Hala Tuju Pelancongan KETENGAH Tahun 2019

Pada 10 hingga 11 Februari 2019, telah berlangsung satu bengkel Hala Tuju Pelancongan KETENGAH Tahun 2019 bertempat di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah menghimpunkan penggerak pelancongan bagi memberi input ke arah memajukan sektor pelancongan wilayah KETENGAH dan menyediakan satu kerangka pelan strategik serta mengenalpasti fokus area agar dapat memaksimakan […]
Program Tautan Kasih

Program Tautan Kasih Rumah Ehsan AMBS Bersama Pengerusi KETENGAH telah diadakan pada 24 Januari 2019, bertempat di Rumah Ehsan Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS). Program kerjasama antara Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bersama Tenaga Nasional Berhad Terengganu bertujuan untuk mendekati serta memahami kehidupan warga Rumah Ehsan AMBS ini. Taklimat ringkas berkaitan Rumah Ehsan AMBS telah […]
Majlis Amanat Tahun Baharu KPLB 2019

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merangka 66 program atau projek yang akan diberi keutamaan pada tahun ini berdasarkan enam teras di bawah Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar. Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ia meliputi Prasarana (10 program), Ekonomi (8 program), Keusahawanan (14 program), Modal Insan (9 program), Wanita (9 program) dan Sistem Penyampaian (16 […]
Bengkel High Impact Powerpoint Presentation

Pada 13 hingga 14 Januari 2019, telah berlangsung satu bengkel High Impact Powerpoint Presentation bertempat di Kolej Ketengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Objektif bengkel ini adalah mempelajari cara terbaik untuk menyusun idea dan menyatakan idea dengan ringkas pada slaid persembahan. Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan KETENGAH ini, telah didedahkan secara langsung […]
Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali Pertama Tahun 2019

Pada 10 Januari 2019, telah berlangsung satu Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Pertama Tahun 2019 bertempat di Ibu Pejabat KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Majlis kali ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu YBhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad, Pengerusi KETENGAH.
KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH

Pada 4 hingga 6 Januari 2019 KETENGAH melalui Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Pemanduan Berhemah Siri 1/2019 bertempat di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. Kursus ini akan diadakan secara dua (2) siri dan pada siri ini seramai 32 orang pemandu dan pemandu gantian terlibat. Objektif Kursus ini adalah sebagaimana berikut: Menerapkan […]

