Bengkel High Impact Powerpoint Presentation

Pada 13 hingga 14 Januari 2019, telah berlangsung satu bengkel High Impact Powerpoint Presentation bertempat di Kolej Ketengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Objektif bengkel ini adalah mempelajari cara terbaik untuk menyusun idea dan menyatakan idea dengan ringkas pada slaid persembahan. Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan KETENGAH ini, telah didedahkan secara langsung menggunakan perisian Microsoft Powerpoint terkini. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Dr. Tg. Khairi bin Tg. Abdul Rahman, Pengarah Urusan Seni Senang Sdn Bhd. bersama Cik Aini Elliani bt Khalid. Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asnawi bin Haji Mohd Amin, Pengurus Kanan Korporat KETENGAH mewakili Pengurus Besar KETENGAH. Hadir sama pada majlis tersebut Encik Mohd Azmi bin Muda, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.

 

Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali Pertama Tahun 2019
Majlis Amanat Tahun Baharu KPLB 2019

Artikel Lain