Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH
Puan Hajah Halimah bt Taib telah dinobatkan sebagai tokoh Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH sempena Majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah KETENGAH 1438H/2016M yang berlangsung pada 26 Disember 2016 bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Puan Hajah Halimah yang tinggal di Kampung Teladas, Air Putih Kemaman merupakan guru […]
Lawatan Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab ke Terengganu.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkesempatan mengadakan lawatan ringkas ke Tasik Kenyir sempena lawatan kerja Y.Bhg Datuk Seri ke Negeri Terengganu selama 2 hari pada 17 hingga 18 Disember 2016. Rombongan telah dibawa melawat ke Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) dan mendengar Taklimat Pembangunan Tasik Kenyir yang disampaikan oleh Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH […]
Kursus Jahitan Baju Melayu
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar akibat kos sara hidup yang kian meningkat. Bagi meningkatkan pendapatan penduduk, KKLW melalui KETENGAH telah mengadakan Kursus Jahitan Baju Melayu yang diadakan pada 15 hingga 17 Disember 2016 bertempat di Akademi Jarum Berlian Sdn. Bhd, Kemaman Terengganu. Seramai […]
Hari Inovasi KETENGAH 2016
Hari Inovasi KETENGAH 2016 membawa hasrat murni iaitu untuk meningkatkan kualiti dan prestasi kerja melalui kelahiran inovasi-inovasi dan usaha kreatif dalam pelbagai bidang, baik pengurusan mahupun teknikal. Justeru, ia mempunyai nilai yang tinggi dalam mengcungkil dan mengenengahkan idea-idea baharu yang dapat membantu pelaksanaan kerja ke arah lebih produktif, cekap, jimat serta mencapai matlamatnya. Ianya juga […]
Kursus Masakan Barat
Bagi meningkatkan kemahiran dan pendapatan penduduk dalam wilayahnya, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Kursus Masakan Barat Wilayah KETENGAH 2016 bertempat di Akedemi IPM Dungun, Terengganu. Peserta kursus yang terdiri daripada penerima-penerima bantuan Program Peningkatan Pendapatan seramai 25 orang telah diberi pendedahan dan teknik menyediakan pelbagai menu masakan barat seperti Spagethi, Bolognese, Meatball, Chiken […]
JPJ Bersama Masyarakat
Bertemakan “Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan” RTC Terengganu sentiasa memenuhi hasrat penduduk dengan mengadakan pelbagai program yang bermanfaat dan memberikan impak yang besar kepada penduduk sekitarnya. Program JPJ bersama masyarakat yang dianjurkan pada 23 November 2016 merupakan salah satu medium Ukhwah diantara Agensi Kerajaan dan menawarkan perkhidmatan terus kepada rakyat.

