Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat Perkampungan Usahawan

Bersempena dengan Pengoperasian Galeri Perkampungan Usahawan, satu majlis Solat Hajat dan Doa Selamat telah diadakan pada 25 Julai 2022 (Isnin) bertempat di Galeri Perkampungan Usahawan, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Galeri Perkampungan Usahawan yang dilengkapi dengan kemudahan Internet, dewan dan bilik mesyuarat akan dijadikan sebagai pusat pengumpulan produk-produk usahawan bimbingan KETENGAH serta salah […]
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021

Seramai 29 orang warga KETENGAH dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021, bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Hadir sama YB Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad bin Said, Pengerusi […]
Promo Program Jualan Keluarga Malaysia anjuran KETENGAH dan KPDNHEP dengan Kerjasama MPUKP Dungun Tahun 2022

Sempena Program Jualan Keluarga Malaysia anjuran KETENGAH dan KPDNHEP dengan Kerjasama MPUKP Dungun Tahun 2022 yang dijadualkan pada 28 hingga 30 Julai 2022 bertempat di bandar Ketengah Jaya, Dungun Terengganu. Satu sesi temubual Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Din bin Adam, Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Dungun telah bersiaran di Manis FM bersama […]
Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali ke 3/2022

18 Julai 2022- Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. KETENGAH telah mengadakan Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali ke 3/2022 bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) yang menghimpunkan keluarga besar KETENGAH. YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dalam ucapannya berkata, “Cabaran pada hari ini, KETENGAH memerlukan warga kerja yang sentiasa menyediakan diri dengan […]
Lawatan Kerja Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu

Sempena lawatan kerja Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu ke Daerah Dungun, beliau turut di bawa melawat Muzium Bukit Besi. Rombongan disambut oleh Pengurusan KETENGAH yang diketuai oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Yang Berhormat Mulia telah dibawa melawat sekitar Bandar Bersejarah Bukit Besi merangkumi Muzium, […]
Bengkel Pembangunan dan Pemurnian Kriteria Penggredan Premis Penginapan Pelancong Hotel Inovatif Kategori Houseboat

Bengkel Pembangunan dan Pemurnian Kriteria Penggredan Premis Penginapan Pelancong Hotel Inovatif Kategori Houseboat anjuran Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan sesi “Mock Up Rating” untuk perkhidmatan houseboat. Sesi penggredan ini berupaya untuk meningkatkan mutu dan taraf perkhidmatan houseboat berdasarkan satu aras […]