logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Pelepasan Sejuta Benih Ikan di Tasik Kenyir

Sungai Leban, Tasik Kenyir, 6 Mac 2021- Sebanyak 935,460 pelbagai benih spesies ikan bernilai lebih RM500 ribu telah dilepaskan di Tasik Kenyir pada tahun 2020 dan diteruskan lagi pada tahun ini untuk melengkapkan sejuta benih ikan sempena Program Pelepasan Sejuta Benih Ikan di Tasik Kenyir. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Lembaga […]

Program Jualan Segar Anjung Usahawan Ketengah.

25 Februari 2021 Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Program Jualan Segar Anjung Usahawan Ketengah telah memberikan manfaat kepada usahawan bimbingan Ketengah memasarkan produk mereka secara terus kepada pelanggan. Seramai 50 usahawan telah menyertai program ini yang terdiri daripada usahawan agrotani, agroternak, agrokultur dan produk IKS. Sejak pandemik COVID-19 melanda, kebanyakan hasil jualan agak menurun […]

Program Ketengah Ambik Cakne

Ketengah Cakne (1)

YB Senator Datuk Razali Idris, Pengerusi Ketengah telah menyerahkan sumbangan 250 bakul makanan kepada YB Dato’ Seri Ahmad Said mewakili NGO Persatuan Belia 4B Kg Che Wan Kijal untuk diagihkan kepada penduduk setempat yang terkesan akibat COVID-19 dan banjir baru-baru ini. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringan sedikit bebanan penerima.Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan […]

Ketengah Tawar Moratorium

tawar moratorium

Ketengah akan menawarkan moratorium selama 6 bulan bermula Januari 2021 sehingga Jun 2021 bagi meringankan beban peminjam dan penyewa berikutan penularan pandemik Covid019. Moratorium ini akan memberi manfaat kepada peniaga, usahawan dan penyewa yang akan melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.1 juta. Ia juga melibatkan tawaran pengecualian penyewaan premis perniagaan dan rumah kediaman kepada 1,042 peniaga, […]

Gotong Royong pasca banjir

Program Ketengah Ambik Cakne Gotong Royong Membersih Sekolah Kebangsaan Padang Kubu,Kemaman, Terengganu. YB Senator Datuk Razali Idris, Pengerusi Ketengah hadir sama bergotong royong membersihkan sekolah berkenaan bersama-sama NGO’s Ketengah, NGO’s Negeri, pemimpin dan masyarakat setempat, guru-guru serta BOMBA.

Ketengah agih Kit Bantuan bencana

Skuad Ambik Cakne Ketengah sentiasa bersiap siaga apabila diperlukan dan terus diaturgerak dalam membantu mangsa banjir di wilayah Ketengah. YB Senator Datuk Razali Idris, Pengerusi Ketengah bersama-sama YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah dan pengurusan kanan Ketengah telah mengagihkan kit bantuan bencana kepada mereka yang terjejas akibat banjir yang melanda. Antara Pusat […]