Program Jualan Segar Anjung Usahawan Ketengah.

25 Februari 2021 Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu.

Program Jualan Segar Anjung Usahawan Ketengah telah memberikan manfaat kepada usahawan bimbingan Ketengah memasarkan produk mereka secara terus kepada pelanggan. Seramai 50 usahawan telah menyertai program ini yang terdiri daripada usahawan agrotani, agroternak, agrokultur dan produk IKS. Sejak pandemik COVID-19 melanda, kebanyakan hasil jualan agak menurun dan ini merupakan salah satu cara Ketengah membantu mereka selain dari bantuan kewangan serta mengaktifkan semula pasar dan Pusat Komuniti Desa (PKD) Bandar AMBS. Program ini akan diadakan pada setiap bulan. YB Senator Datuk Razali Idris, Pengerusi Ketengah telah meninjau keberkesanan program berkenaan. 

Program Ketengah Ambik Cakne
placeholder
Kebenaran Rentas Daerah Legakan Usahawan, Penggiat Pelancongan di Terengganu

Artikel Lain