logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Selamat Hari Raya Aidiladha

Sambutan Hari Raya Aidiladha merupakan hari perayaan kedua terbesar dan disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran. KETENGAH saban tahun mengadakan Majlis Ibadah Korban bersempena hari perayaan Aidiladha. Majlis diadakan di perkarangan Masjid Sultan Mahmud Bandar Al Muktafi Billah Shah. Pada tahun ini sebanyak 14 ekor lembu telah selamat dikorbankan yang turut disertai oleh masyarakat setempat. […]

Program sehari YBhg Dato� Pengurus Besar di Bandar Seri Bandi

Pengurusan Tertinggi KETENGAH hari ini 21 September 2015 turun padang ke Bandar Seri Bandi, Kemaman bagi meninjau perkembangan terkini projek pembangunan yang telah dilaksanakan, diantaranya ialah Pusat Penetasan Puyuh dan bersua muka dengan pegawai dan kakitangan Pejabat Cawangan KETENGAH Bandar Seri Bandi. Semasa perjumpaan bersama pegawai dan kakitangan KETENGAH Bandar Seri Bandi, YBhg Dato’ berkata […]

Terima Kasih Datuk Seri KSU

KETENGAH telah mengadakan satu majlis persaraan Y.Bhg Datuk Seri Ibrahim bin Muhammad bagi menghargai segala jasa – jasa beliau selaku mantan Ketua Setiausaha KKLW dan juga ahli Jemaah Lembaga KETENGAH pada 19hb Sept 2015. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut Pengurus Besar KETENGAH Dato Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) […]

Calon PT3 diberi perhatian

Keprihatinan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam bidang pendidikan diteruskan dengan penganjuran Program Kecemerlangan Pendidikan PT3 2015. Program yang diadakan sebanyak 2 siri ini telah diadakan pada 10 September 2015 hingga 12 September 2015 bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu Kampus Dungun. Manakala bagi siri kedua pula, ianya akan diadakan pada 17 September 2015 […]

Program Senamrobik

Penjagaan kesihatan dikalangan pegawai dan kakitangan KETENGAH amat penting dan sentiasa mendapat perhatian daripada pihak Pengurusan KETENGAH. Ini kerana, amanah besar yang dipikul tidak mampu dilaksanakan sekiranya pegawai dan kakitangan bergelut dengan masalah kesihatan. Oleh hal yang demikian KETENGAH telah mengadakan Program Senamrobik yang berlangsung pada 7 September 2015 bertempat di perkarangan parkir Ibu Pejabat […]

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

KETENGAH telah turut serta dalam perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu yang bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sehingga ke Dataran Batu Burok. Sambutan ini telah disertai seramai 4250 peserta daripada 147 Kontijen.