logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Pemasaran Digital

Kursus Pemasaran Digital yang melibatkan seramai 30 orang usahawan Wilayah KETENGAH telah selesai diadakan pada 21 – 23 Mei 2022 bertempat di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu. Majlis Perasmian Penutup kursus ini disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH diiringi Coach Norlukmal bin Mat Ghani daripada Syarikat Speedofis Sdn Bhd.

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada penggunaan teknologi terkini seiring dengan Revolusi Industri 4.0 yang mengoptimumkan penggunaan komputer dan teknologi maklumat bagi mempromosi dan memasarkan produk usahawan tersebut.

Program diteruskan dengan sesi lawatan bermaklumat ke Kompleks Usahawan Terengganu. Melalui lawatan ini, peserta diberikan pendedahan berkaitan dengan pengembangan perniagaan serta kaedah dalam memasarkan produk mereka hingga berjaya.

KETENGAH berharap dengan adanya program sebegini dapat membuka minda dan memberi ruang kepada peserta untuk lebih komited dalam memajukan perniagaan mereka.