LAWATAN AHLI JAWATANKUASA EKSA KETENGAH KE JKR KEMAMAN

Pada 10 September 2019 Ahli Jawatankuasa EKSA Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah telah membuat lawatan ke JKR Kemaman. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan yang jelas berhubung dengan pelaksanaan EKSA di JKR Kemaman.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Azmi bin Muda, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia merangkap fasilitator EKSA KETENGAH serta 35 pegawai dan kakitangan KETENGAH yang telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa EKSA KETENGAH.

Deligasi KETENGAH telah disambut mesra oleh Ahli Jawatankuasa EKSA JKR Kemaman dan taklimat berkaitan pelaksanaan EKSA disampaikan oleh Encik Mohd Al Azhar bin Ali, Jurutera Bangunan JKR Kemaman. Seterusnya, deligasi KETENGAH dibawa melawat di Depo JKR Kemaman dan melihat sendiri keberkesanan pelaksanaan EKSA di Depo.

Selepas makan tengah hari, deligasi KETENGAH dibawa melawat ke zon-zon lain di JKR Kemaman. Diharapkan dengan lawatan ini para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di KETENGAH.

placeholder
Tawaran Penyertaan Projek Lada Hitam
Karnival Pantai Terengganu 2019

Artikel Lain