Majlis Amanat YAB Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah

Pada 5 Februari 2024, Majlis Amanat YAB Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan Agensi KKDW telah berlangsung di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Seramai 26 orang yang terdiri daripada Pengerusi KETENGAH, Pengurus Besar KETENGAH, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Anak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pegawai Eksekutif Syarikat Anak milikan KETENGAH telah menghadiri majlis tersebut.

Antara objektif pertemuan ini adalah:
i. Merupakan ‘onboarding’ YAB TPM dan Menteri KKDW bersama Pengerusi, ALP dan KPE yang telah dilantik.

ii. Menekankan akan tanggungjawab fudisiari Lembaga Pengarah dalam menjalankan amanah agar selari dengan kepentingan Kerajaan.

iii. Menekankan tanggungjawab Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat untuk mengukuhkan tadbir urus syarikat serta memastikan kemampanan syarikat agar kurang kebergantungan kepada Kerajaan. Ini selari dengan hala tuju syarikat milikan Agensi KKDW untuk menjadi profit centre.

iv. Sebagai platform untuk memupuk dan memantapkan networking di antara syarikat milikan Agensi KKDW agar kerjasama strategik dan sinergi dapat diwujudkan dengan lebih efektif.

Aktiviti Gotong Royong pembersihan kawasan terjejas banjir
Program Bicara Ilmu Wilayah KETENGAH Sempena Peristiwa Israk & Mikraj 1445H/2024M

Artikel Lain