logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Pengurusan KETENGAH hulur bantuan kepada keluarga mangsa kemalangan.

Kemalangan ngeri yang mengorbankan 3 sahabat di Bandar Bukit Besi semalam mengejutkan semua pihak. Dalam kemalangan 8.45 malam, Mohammad Hafiqzie Mohd Zukri, 14, Muhammad Salman Faris Samsu, 14, dan Muhammad Faris Haikal Mohd Faizal, 14, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

YB Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH turut menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa. Hadir sama YB Roslee bin Daud, ADUN Bukit Besi dan YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.