Program Jiwa Murni Rejimen 512 Askar Wataniah Bersama Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia

Program Jiwa Murni Rejimen 512 Askar Wataniah Bersama Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia telah berlangsung di Kampung Sungai Pergam, Kemaman, Terengganu. Program tersebut disempurnakan oleh YAM Tengku Sri Temenggung Raja, Brigedier Jeneral Dato’ Sri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum, Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.
KETENGAH turut sama-sama membantu dalam persiapan program. Program mensasarkan khidmat kesihatan percuma dan ubat-ubatan percuma kepada masyarakat orang asli. Di samping itu, acara karaoke dan cabutan bertuah turut disediakan. Hadir sama YBhg. Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan dan Mejar Kehormat YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.
KETENGAH bantu mangsa banjir Wilayah KETENGAH
Mesyuarat Jemaah Lembaga KETENGAH Bilangan 2 Tahun 2022

Artikel Lain