Program Pembangunan Perusahaan Jahitan Wilayah KETENGAH

Program Pembangunan Perusahaan Jahitan Wilayah KETENGAH merupakan satu inisiatif KETENGAH untuk membantu usahawan jahitan Wilayah KETENGAH bagi meningkatkan taraf hidup usahawan.
Justeru itu, satu Kursus Jahitan Lanjutan Siri 2 telah diadakan pda 31 Januari 2023 hingga 1 Februari 2023 bertempat di Pusat Jahitan Faby Famy, Chukai Utama, Kemaman dengan melibatkan seramai 16 orang peserta.
Melalui kursus ini, peserta telah didedahkan dengan pelbagai jenis teknik dan kaedah dalam aktiviti jahitan. Pengurusan KETENGAH berharap agar semua peserta yang hadir pada kursus ini dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari dalam usaha untuk mengembangkan lagi aktiviti jahitan yang dijalankan serta meluaskan pasaran produk jahitan masing-masing.
Sesi penggambaran bersama team produksi Summit Treasure
Pertandingan Santai Memancing Keluarga KETENGAH

Artikel Lain