Program Vaksinasi Wilayah KETENGAH

26 Jun 2021 – Sebanyak 2 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara telah dibuka untuk kemudahan penduduk yang tinggal di wilayah KETENGAH. YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH berkesempatan meninjau perjalanan proses pemberian vaksin kepada penduduk di Bandar Ketengah Jaya dan Bandar Bukit Besi, Dungun Terengganu. Pada hari ini juga, seramai 70 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH yang menjadi barisan hadapan telah menerima suntikan dos pertama.

KETENGAH akan sentiasa berkerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan penduduk di Wilayah ini mendapatkan suntikan vaksin. Antara insentif yang telah diperkenalkan oleh KETENGAH ialah mewujudkan sukarelawan pendaftaran vaksinasi wilayah KETENGAH dan menyediakan pengangkutan percuma kepada penduduk yang kurang berkemampuan. Disamping itu, sumbangan makan dan minum percuma kepada petugas PPV. Semua insentif ini adalah bertujuan untuk memastikan Program Vaksinasi Kebangsaan berjalan lancar dan memastikan penduduk mendaftar di aplikasi MySejahtera untuk divaksinkan.

source-9

Pelancaran Sukarelawan Program Vaksinasi Penduduk Wilayah KETENGAH
KETENGAH AMBIK CAKNA

Artikel Lain