KETENGAH AMBIK CAKNA

27 Jun 2021 – Samsuddin Khalid, 45, menetap di rumah bot yang uzur di Tasik Kenyir mendapat keprihatinan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui KETENGAH.

YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH berkata pihak KETENGAH menawarkan keluarga tersebut untuk mendiami seunit rumah pekerjanya di Lawit, Hulu Terengganu sementara pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) siap sepenuhnya pada Oktober ini. Kami juga membantu anak-anak keluarga ini dengan bantuan telefon percuma untuk mereka belajar menerusi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).

YB Senator Datuk Razali bin Idris, juga telah menyampaikan insentif kewangan kepada Persatuan Pengusaha Pelancongan Tasik Kenyir sebanyak RM118,100 yang melibatkan seramai 277 orang penggiat pelancongan.

Insentif ini merupakan program CSR KETENGAH bagi meringankan beban penggiat pelancongan yang terjejas pendapatan ekoran PKP bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Terdahulu, pada PKP yang lalu (21 Jun 2020) KETENGAH telah menyalurkan sejumlah RM152,700 kepada 86 orang pengusaha rumah bot bagi memulihkan sektor pelancongan yang terjejas.

source-10

Program Vaksinasi Wilayah KETENGAH
Program Imunisasi COVID-19 Wilayah KETENGAH

Artikel Lain