logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

Santuari Kelah Permata Tasik Kenyir

Santuari Kelah Tasik Kenyir sememangnya sudah tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Santuari Kelah terletak di Sungai Petang, Tasik Kenyir. Jarak perjalanan ke Santuari Kelah ini dari Pengkalan Gawi ialah 21 km dan mengambil masa 40 minit perjalanan dengan menaiki bot laju.

Pengunjung pasti terpengun melihat beribu-ribu Kelah, malah ikan-ikan ini tidak berganjak walaupun menyedari kehadiran manusia. Ikan-ikan Kelah ini seolah-olah menanti kehadiran pengunjung menghulurkan makanan iaitu ‘Pelet’ ikan. Selain memberi ikan Kelah makan, anda juga berpeluang untuk memegang dan mencium ikan Kelah.

Y.B Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan sempat melawat dan merasai pengalaman bermain dengan ikan Kelah sempena Program Reatreat Pemuda UMNO Malaysia yang diadakan di Petang Island Resort (PIR) Tasik Kenyir pada 28 hingga 30 Oktober 2016. Y.B Khairy Jamaluddin begitu terpesona dengan ribuan ikan Kelah yang jinak sambil memberi makan. Beliau berkata β€œIni merupakan pengalaman yang istimewa kepada sesiapa yang datang ke santuari kelah ini”